Tuesday 22 November 2011

Al kisah namaku

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pe kabo geng sume? Harap2 sume sihat la ea… lamo dah den tak update belok den ni, bkn xde mase tp takde idea, hihi… haa… ari ni den dh dapat 1 idea, den nak nulis pasal diri den lak, laen dari entry biasa, harap u all sudi la ek bace. Sudi la tu kn, sbb dh baca smpai sini, harap teruskanlah membaca J.

Haa.. ari ni den nk kabo pasai koleksi nma panggilan den selamo 21 taon den hidup. Pertamo skali den nok minto maaf la ngan ekau sumo sobab den gna bhasa rojak + lopak tikam, mmg jahanam la bhasa den kali ni, hehehe.

Ok, kembali kpd tujuan asal den, sobagai mno ekau sume tau, nma den dlm ic (kad pengenalan) ialah seperti mana yg dicatat dlm rekod JPN, ialah Ahmad Muzaidi bin Ab Razab. Cntik kan nmo ni, hehe… syukur la kita ni ada nma, kalo xdo nmo cmna la ek agaknya? Pkir2kan & selamat beramal!!! Hehehe

Ok, nma panggilan pertamo den, yg family & kwn2 sekampung den dok panggil ialah Idi, mmg ni so jah nma den, xdo nma lain doh, org xpggil den Lionel Messi walaupon den minat dio, haha…

Yang keduonyo, Ajib. Namo ni nenek den yg bg, mmg dio sorg jo pggil den cmtu, org len xdo doh pggil den ngan namo ni. Namo ni samo ngan namo pak sodaro den walaupon nma asal dia bkn ajib. Persamaan den ngan pok sdaro den ni adolah den ngan dia anak ke 2 dlm keluarga. Tu jo yg den tahu, pasai napo nenek den pggil cmtu den xpnh amik tau la, tp bio je la… xprlu tau pon, hehehe…

Namo den yg ketiga class ckit, cm mat saleh. Nak tau apo nmanya? Zack. Haaa… jgn golak… nmo ni mak sepupu den yg bg, ni pon dio sorg jo yg panggil. Den pon xthu napo, mybe den ni anok spupu kesayange dio kot, hehehe…

Sotoruhnyo nma den kek skolah, org pggil Zaidi. Ni biasa jo bagi den… tp ado yg luar biasa lg, saing den pggil Muz kt den, cm spesel je kan, hehehe… namo ni saing den kt sek menengah je pggil, tp xsumo la, segelintir je… yg ni pon den xponah amik tau napo dorg pggil cmtu…

Sotoruhnya nma den yg ke-6. Nma ni den dapet mso den jd fasi utk adik2 bru sekolah menengah den ( budak bru msuk tingkatan 1), kitorang panggil minggu taaruf & silaturrahim, atau minggu oreintasi, samo jo tu. Nma ni adik dlm group den yg bagi, den pon xthu mna dia bleh dapat nma ni, mmg xdo kono mengono lansung! Nk tau apo namonyo? Ni ha… dio panggil den Abang Roki.. haha.. lawakkan, ntah dr mno tau dia dpt ilham nk bg nma cmtu kt den.

Namo yg keseterusnya, Abang Muza, ni kiro singkatan dri nmo den la kan, Muzaidi jd Muza. Namo ni den dapat masa den jd fesi utk Program Kilauan Mutiara SK Felda Purun yang dikendalikan oleh kelab yg den sertai kt UMP, Kelab In-Smartive. Namo ni pon adik dlm group den yg bg. Hehe…

Next, nmo yg ke-8. Abang Zai. Hmm, msti korg dh buleh agak kn mno den dapat namo ni. Yup, nmo ni pon den dapet maso den jd fasi. Program tu namonyo Program Sinar ECER yg mno dikendalikan oleh kelab den jgk, Kelab In-Smartive. Ni pon adik2 den ket Sekolah Kebangsaan Lepar (skolah yg den jd fesi) yg bagi, kreatifkan dorg, hehe.

Namo den yg terakhir! Iaitu yg ke-9, Ahmad. Namo ni den dapet msa den ditemuguga oleh something about something (sorry, xleh bgtau ape something2 tu, rahsia, hehe). Si penemuduga tu yg panggil den camtu. So, den xleh nk kata ape la, asalkan membawa maksud yg baik, den terima je, hehe…

So, dh abis dh den story psal nma2 den, & den harap ini bukan yg terakhir tp lps ni ado lg la ea nma2 panggilan yg len utk den. Jadi, den harap korg sume dpt cipta nma2 bru la ek utk den, TAPI HARUS INGAT! Wa… mcm nk warning keras2 je kn, tp mmg warning pon, den xkisah korg nk pggil ape pon kt den, tapi biarlah dgn niat yg ikhlas & bukannya utk perli2 den. Den hargai sume yg terlibat dlm mencipta koleksi2 namo panggilan den ni, den ucapkan infiniti terima kasih kpd semua yg terlibat secara lansung atau secara tidak lansung J.

*Kalo dihitung2 (xpyh hitung, dh tau ada 9 sume nma panggilan), ada 9 sume nma panggilan den,  bnykkan, bnykkn…. Hehe…

Lupa 1 ag, nma panggilan den msa kecik2 dlu, family den pggil abg ngah kt den sbb den anak ke-2 dlm keluarga, tp lma dh dorg xpggil cmtu, rindu lak nk dgr org pggil cmtu, weeeeeeee…..

Saturday 13 August 2011

Saya Dari Universiti Malaysia Pahang ;)

Assalamualaikum..

td saya berblogwalking, and jumpa benda ni, cam menarik :)

Maklumat lanjut : Klik sini

Nama panggilan : Muzaidi

Nama universiti : Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang
Kolej Kediaman Pelajar 2 atau ringkasnya KK2

Mahasiswa Tahun 2 2011/2012
Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

Haha.. rasanya cukup stakat ni je kot entry kali ni, ringkas je, mls nak taip panjang2, hehe...

Friday 12 August 2011

Kuih Muih Best!!!

Post hari ni lain sikit dari biasa. Selalu saya berbicara pasal agama, tapi hari ini saya ingin berbicara pasal KUIH MUIH BEST!!! (gambar je pon...) Hehe... ni entry khas buat sahabatku yang beria-ia nak tahu pasal kuih muih yang ada kt negeri saya, sape??? Hehe, sape lagi kalau bkn Mszo Sobz, hehehe, sorry sob... Haa.. ni dia gambar2nya :

 Kuih Beke


 Kuih Butir Nangka


Kuih Cek Mek Molek 


Kuih Buah Gomok 


Kuih Serabe 


Kuih Akok 


Kuih Bangkit 


Kuih Sagu 


Kuih Sampret 


 Kuih Sanggupal


Kuih Seri Muka 


 Kuih Siput


Kuih Topi 


Kuih Badak Berendam 


Kuih Ketayap 


Kuih Lompang 


Kuih Lompat Tikam 


 Kuih Nekbat


Kuih Puteri Mandi 


Kuih Satar 


 Kuih Taik Itik


Kuih Tepung Apam 


Kuih Tepung Suna 


Kuih Buah Tanjung


Kuih Tepung Pelita 


Kuih Onde-Onde




Kuih Jala Emas




Haha, amacan? Agak2 meleleh tak air liur? Dan kepada orang yang nak suruh saya beli tu, bak cni duit banyak2, haha, ok la, setakat ni je la post kali ini, selamat menjamu selera semua, hehe :)

Thursday 28 July 2011

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

                    i.            Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
                  ii.            Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
                iii.            Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
                iv.            Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
                  v.            Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
                vi.            Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1.                  Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadhaRamadhan.

2.                   Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w.telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.                  Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.                  Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.                  Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


6.                   Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w."Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.                  Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.                  Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t.membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.                  Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.              Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.              Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


PERINGATAN

1.                  DALAM MENCARI PAHALA PUASA SUNNAT, JANGAN TERSALAH HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA IAITU:
i.            TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
ii.            10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ:
           11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
iii.            HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
iv.            SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU
            NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI
           SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
v.            PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI
           BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2.                  JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

i.            PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
ii.            PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
iii.            PUASA WANITA YANG HAMIL
iv.            PUASA ORANG YANG MUSAFIR
v.            PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG
MENGERJAKAN HAJI
vi.            PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
vii.            PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
viii.            PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG
            MENANGGUNG PUASA QADHA
ix.            PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3.                  ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4.                  NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)


Tuesday 12 July 2011

Luangkan masa sekejap...


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut.




*Satu perkongsian yg menarik dr sahabat saya, Alif Fahmi Bin Abdullah, Fes, Morocco.

Tuesday 19 April 2011

Aurat

Aurat...? Adakah kita sedar akannya?

"baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahami hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?

Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat dan Allah itu Maha melihat.

Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapati ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.

Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak.amin...



(كن في الدنيا كأنك غريب ، أو عابر سبيل)

"Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah pedagang ataupun seorang yang bermusafir"